DISWAY JOGJA - Labu merupakan sejenis sayuran berkanji yang tergolong dalam kumpulan famili Cucurbitaceae. Ia berasal daripada Amerika Utara dan sangat popular digunakan sewaktu Halloween dan Thanksgiving. Artikel ini menjelaskan khasiat labu kepada kesihatan.
Kandungan nutrisi
Bagi 100 gram labu ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Kalori: 60kcal
Protein: 0.9g
Lemak: 0.1g
Karbohidrat: 14g
Serat: 0.3g
Kalsium: 21mg
Zat Besi: 0.7mg
Kalium: 113mg
Vitamin C: 36.6mg
Karoten: 1000mcg
Khasiat labu
1. Tinggi kandungan antioksidan
Radikal bebas adalah molekul yang dihasilkan oleh badan. Ia berfungsi untuk menghapuskan bakteria yang berbahaya. Namun, jika radikal bebas ini berlebihan, ia akan menyebabkan tekanan oksidatif dan ini berkait dengan risiko penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan kanser.
Labu mengandungi antioksidan seperti alfa-karotena, beta-karotena dan beta-cryptoxanthin yang berfungsi untuk menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel dalam badan.
2. Meningkatkan sistem imun
Labu mengandungi banyak nutrisi yang boleh meningkatkan sistem imun.
Ia mengandungi tinggi beta-karotena, di mana badan akan menukarkannya kepada vitamin A. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa vitamin A dapat menguatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan penyakit.
Labu juga mengandungi vitamin C, di mana kajian telah menunjukkan ia meningkatkan penghasialn sel darah putih, membantu sel imun untuk berfungsi secara efektif serta berguna untuk cepat sembuh luka.
Selain vitamin A dan C, labu juga merupakan sumber vitamin E, zat besi dan folat. Kesemua vitamin dan mineral ini terbukti dapat membantu untuk meningkatkan sistem imun.
3. Mengekalkan kesihatan mata
Semakin berumur, penglihatan kita akan semakin terhad. Terdapat beberapa nutrien dalam makanan yang dapat mengurangkan risiko rabun. Labu diperkaya dengan nutrient yang memainkan peranan dalam mengekalkan kesihatan mata. Ia mengandungi beta-karotena, di mana ia akan bertukar kepada vitamin A dalam badan.
Para pengkaji mendapati bahawa individu yang tinggi pengambilan beta-karotena dapat mengurangkan risiko katarak mata secara signifikan.
Selain itu, labu juga mengandungi vitamin C dan E, di mana ia berfungsi sebagai antioksidan yang boleh mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel mata.
4. Mengurangkan risiko kanser
Kanser merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh sel yang membiak secara abnormal. Sel kanser menghasilkan radikal bebas bagi membantunya membiak dengan cepat.
Kandungan karotenoid yang terdapat dalam labu bertindak sebagai antioksidan. Antioksidan ini akan meneutralkan radikal bebas dan dapat mencegah beberapa jenis kanser seperti kanser perut, pankrease dan payudara.
5. Membantu mengekalkan kesihatan jantung
Labu mengandungi tinggi potassium, vitamin C dan serat. Nutrien ini memberi manfaat kesihatan kepada jantung. Kajian telah menunjukkan bahawa individu yang mempunyai tinggi pengambilan potassium dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok – antara dua risiko penyakit jantung.
Antioksidan dalam labu juga dapat membantu melindungi kolesterol LDL (jahat) daripada teroksida. Jika kolesterol LDL ini teroksida, ia akan bergumpal di sepanjang salur darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.
6. Mengekalkan kesihatan kulit
Kandungan karotenoid seperti beta-karotena berfungsi sebagai sunblock semulajadi dan melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya.
Labu juga mengandungi vitamin C, penting bagi kulit yang sihat. Vitamin C menghasilkan kolagen, sejenis protein yang mengekalkan kesihatan kulit.
Tambahan pula, labu mengandungi kandungan lutein, zeaxanthin, vitamin E dan beberapa antioksida lain yang terbukti dapat meningkatkan pertahanan kulit terhadap sinaran UV.
7. Manajemen Gula Darah
Buah labu memiliki indeks glikemik rendah dan mengandung serat, yang membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil.
8. Kesehatan Prostat
Buah labu mengandung senyawa seperti fitosterol yang dapat mendukung kesehatan prostat pada pria.
9. Mengurangi Risiko Kanker
Kandungan antioksidan dalam buah labu, seperti beta-karoten dan vitamin C, memiliki potensi untuk mengurangi risiko beberapa jenis kanker.
10. Pemulihan Pasca Olahraga
Kandungan elektrolit dalam buah labu dapat membantu dalam pemulihan tubuh setelah aktivitas fisik.
11. Sumber Energi
Karbohidrat alami dalam buah labu memberikan sumber energi yang baik untuk tubuh.
12. Pencegahan Asma
Beberapa studi menunjukkan bahwa asupan nutrisi tertentu dalam buah labu dapat berkontribusi pada pencegahan asma.
Namun, jika Anda memiliki kondisi kesehatan tertentu seperti alergi atau penyakit tertentu, sebaiknya konsultasikan dengan profesional kesehatan sebelum menambahkan buah labu ke dalam diet Anda. Selain itu, pastikan mengonsumsinya dengan bijak dan seimbang bersama dengan makanan lain yang sehat.